TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEMESTER 1 TAHUN 2 2014/2015
 
  • Refleksi Diri
  • TENTANG SAYA
  • TUGASAN SAYA
  • Blog Pendidikan

refleksi 5 minggu 12

12/14/2014

0 Comments

 
5 Disember 2014

Hari ini Dr Fariza telah membawa 2 bahan untuk ditunjukkan kepada kami. Bahan-bahan itu ialah kulit buku dan penulisan ilmiah yang telah dibuat oleh senior-senior kami. Kami bergilir-gilir melihat dan meneliti hasil yang senior lepas telah buat supaya ada inspirasi untuk kami buat bahan kami pula. Dengan itu, Dr Fariza memberi peringatan kepada kami bahawa pada minggu depan kami akan menghantar dan membentangkan beberapa tugasan. Beliau telah memberi pilihan kepada kami tugasa yang mana untuk dihantar dan dibentang awal. Oleh itu, kami memilih untuk menghantar tugasan individu Blog Pendidikan dan Bahan 3D untuk minggu depan manakala pada minggu akhir nanti tugasan individu yang meliputi kulit buku dan kumpulan iaitu video dan penulisan ilmiah.
0 Comments
 

REFLEKSI 4 MINGGU-10

12/5/2014

0 Comments

 
21 November 2014
Pada hari ini, Dr Fariza telah memberi kuliah tentang Fotografi Dalam Pendidikan. Beliau berkongsikan beberapa perkara kepada kami berkaitan dunia fotografi. Berikut ialah perkara yang beliau telah terangkan:

·      Jenis-jenis kamera

·      Jenis-jenis lensa

·      Teknik mengambil gambar

·      Penyuntingan gambar untuk pengajaran dan pembelajaran

 Dr Fariza telah memberitahu tentang jenis-jenis lensa meliputi wide angle lens, standars lems, zoom lenses, micro lenses dan banyank lagi.  Selain itu, dalam kita menangkap gambar ada etikanya tersendiri. Etika jurufoto termasuklah jangan susahkan subjek, dapatkan kebenaran apabila mengambil gambar, elakkan menyiarkan gambar yang menjatuhkan maruah seseorang, perlu mendahului sesuatu program, di dalam sesuatu upacara ambil gambar individu yang sedang berbicara dan banyak lagi.

Setelah Dr Fariza memberitahu kami tentang pelajaran hari ini, kami dilepaskan ke luar untuk cuba tangkap gambar di sekeliling Fakulti Pendidikan. Selain itu, kami telah mencuba kamera Olympus Dr Fariza untuk tangkap gambar. 
0 Comments
 

REFLEKSI 3 MINGGU KE-8

12/5/2014

0 Comments

 
Jumaat 7 November 2014

Dr Fariza memberitahu dengan jelas tentang tugasan individu dan tugasan kumpulan di mana pada minggu ke-3 lepas beliau memberitahu secara ringkas berkaitan tugasan-tugasan ini. Bagi tugasan individu terdiri daripada 3 bahagian. Bahagian pertama ialah penghasilan blog. Kami menghasilkan satu blog pendidikan yang memuatkan beberapa topikyang berkaitan dengan subjek yang dipilih. Dengan itu, saya sendiri telah memilih subjek Bahasa Melayu untuk dimasukkan ke dalam blog pendidikan. Blog yang diciptakan perlu menyatakan objektif yang tepat dan sasaran pembaca yang jelas di mana bersesuaian dengan umur pembaca. blog ini mempunyai sekurang-kurangnya 8 entry dan perlu berinteraksi dengan pembaca-penulis di mana saya sebagai penulis akan membalas komen pembaca. Selain itu, menyenaraikan pautan kepada blog rakan-rakan di dalam kelas tutorial. Dlam blog ini juga perlu mengintegrasikan elemen seperti visual (gambar), audio (suara) dan video. 

seterusnya, tugasan individu yang kedua pula kami perlu membuat projek 3D dengan menggunakan barang terpakai atau bahan yang senang didapati. Sebelum memulakan projek, perancangan  perlu disediakan di mana kami perlu tahu tujuan projek itu dicipta, sasaran pelajar, manual pembangunan bahan, cadangan bagaimana dan bila hendak digunakan. model bersesuaian dengan tajuk pengajaran. Saya telah memilih peta lidah untuk projek 3D ini. tugasan individu yang terakhir ialah reka bentuk kulit buku. kami diminta menghasilkan satu reka bentuk kulit buku dengan mengintegrasikan foto yang dihasilkan dalam sesi fotografi. terdapat 10 foto yang akan dimuatkan ke dalam isi kandungan buku di mana ia dihasilkan sendiri. 
Bagi tugasan berkumpulan pula terdiri daripada dua bahagian. Tugasan pertama ialah penulisan ilmiah. kami diminta menghasilkan satu penulisan ilmiah yang mengupas tentang bidang teknologi pendidikan. tugasan ini belum bermula kerana Dr Fariza belum memberi tajuk kepada setiap kumpulan. tugasa kedua pula ialah kami diminta menghasilkan sebuah video klip yang berdurasi 5 minit menggunakan kamera video digital. 
0 Comments
 

REFLEKSI 2 MINGGU KE-5

12/5/2014

0 Comments

 
Jumaat 10 Oktober 2014

Pada hari ini kami telah belajar tentang reka bentuk Media dan bahan pengajaran yang mengandungi Penilaian keperluan (Needs assessment), analisis matlamat (goal analysis) dan analisis pelajar serta konteks (learner and context analysis).

Reka bentuk, pembangunan dan penilaian media pengajaran adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

·      Aplikasi pengajaran

·      Lawatan

·      Bahan bercetak

·      Bahan percuma dan murah

·      Bahan paparan


Selain itu juga, kesemua media ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Sebagai contoh, kelebihan printed material adalah ekonomi manakala kelemahannya pembentangan satu hala sahaja. 


Selepas mengetahui semua ini, Dr Fariza telah menyuruh kami membuat sesuatu di dalam kumpulan masing-masing di mana kami semua mencari contoh bagi setiap media ini dan nyatakan cara penggunaannya di dalam kelas. Setelah itu, selesai mencari maklumat di Internet kami pun membentangkan apa yang kami dapat di depan rakan-rakan dan Dr Fariza kumpulan demi kumpulan. 
0 Comments
 

REFLEKSI 1

12/5/2014

0 Comments

 
Jumaat 26 September 2014

Kelas tutorial bagi subjek ini bermula pada minggu ke-3. Kumpulan saya telah memilih untuk mengikuti kelas tutorial pada hari Jumaat jam 3 hingga 5 petang. Pensyarah untuk kelas ini ialah Dr. Fariza Binti Khalid. Sebelum memulakan tutorial, kami telah berkenalan sesama sendiri. Bermula daripada Dr. Fariza sendiri dan seterusnya kami sekelas. 

Selepas berkenalan, Dr. Fariza menerangkan tugasan individu dan tugasan kumpulan kepada kami.  Dalam tugasan individu, beliau menerang ada 3 tugasan yang kami perlu siapkan. Tugasan pertama ini, kami perlu mempunyai akaun website iaitu Weebly.com. Oleh itu kami telah mendaftar masuk ke dalam website Weebly dengan menggunakan email kami sendiri. Tugasan kedua pula, kami perlu mencipta sesuatu model berkaitan dengan bahan 3D. Bahan 3D ini akan menunjukkan model mempunyai persamaan dengan yang realiti dan merupakan skala yang kecil. markah bagi tugasan kedua ini ialah 10%. seterusnya, tugasan individu yang terakhir beliau menerangkan bahawa kami perlu membuat kulit buku. markah yang akan diberi ialah 10% juga. 

Seterusnya, Dr. Fariza menerang tentang tugasan berkumpulan pula. Tugasan berkumpulan ini juga terbahagi kepada 2 bahagian. Tugasan pertama kami perlu menggunakan enjin pencarian untuk mencari 15 jurnal di mana tugasan ini memerlukan seramai 3 orang.  Kemudian, jurnal-jurnal tersebut akan dicetak. Kami sekumpulan akan berbincag tentang dapatan yang terdapat dalam jurnal-jurnal itu. Setiap jurnal yang dicari perlu ada tema yang bersesuaian. Jurnal-jurnal ini akan diletakkan sebagai lampiran. Tugasan kedua pula ialah menghasilkan video di mana seramai 5 hingga 6 orang di dalam satu kumpulan. Video ini dirakam selama 5 minit sahaja.  
0 Comments
 

    Author

    Nama diberi Rozie Binti Adenan. Saya pelajar Ijazah Sarjana Muda Program Pendidikan Khas. Tahun 2. Major yang saya ambil ialah masalah pembelajaran. Minor saya pula adalah Bahasa Melayu.

    Picture

    Archives

    December 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

    Blog Rakan

    ANIS AQILAH KAMAL
    ROZIE ADENAN
    SITI NUR WAHIDA ROSLI
    NUR AMANINA BTE MOHD KHAIRUDDIN
    AIDA AFANDI
    NUUR THAQIFAH MOHD TAHIR 
    NORAFIZA BINTI AZIZAN
    NURSYAZWANI MAHADI
    AMALINA MOHD HASHIM
    NURUL IZATUL AFZAN ARIFFAM
    MUHAMAD SAUFI BIN ABUZAKI
    NURUL HAFIZAH SABTU
    JENNY KALAIARASI A/P KALAUCHAN
    NORSUZAWANI SUDIN
    IKLIL KAMARUL ZAMAN 
    SITI NORSALIHAH ZULKARNAIN
    AL-MUHDI BIN SAWAL
    NURUL FARAH SUZANA MOHAMAD AZAMAN
    NOR SURIA RUSTIY HATIEKAL RUSLAN 
    MUHSIN ABLLAH


Powered by Create your own unique website with customizable templates.