TEKNOLOGI PENDIDIKAN SEMESTER 1 TAHUN 2 2014/2015
 
  • Refleksi Diri
  • TENTANG SAYA
  • TUGASAN SAYA
  • Blog Pendidikan

KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (PENDIDIKAN KHAS)

12/14/2014

0 Comments

 
MASALAH PEMBELAJARAN
DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.

KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
Definisi Kerencatan Akal dan Faktor Penyebab
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang mengalami kerencatan akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup sepertimenjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan pendengaran.

Apabila kanak-kanak mengalami kecacatan anggota, tidak bermakna anak mengalami kerencatan akal. 30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50.

Ciri-ciri Kanak-kanak Terencat Akal
Aspek psiko-motor
Pergerakan yang lembap
 Hiperaktif
Pergerakan terbatas
Static
Kawalan otot yang tidak sempurna   

 
Aspek kognitif
·         Kurang daya tumpuan

·         Pengamatan dan pemahaman yang lambat

·         Kurang kawalan emosi

·         Pentafsiran persekitaran yang lambat

·         Pertuturan yang kurang efektif

Aspek afektif
Perkembangan emosi:

·         Tidak mampu menjaga diri

·         Kawalan emosi yang tidak efektif

·         Kurang bersosial

·         Kebergantungan

 
KANAK-KANAK AUTISME
Definisi Kanak-Kanak Autisme
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang

bererti aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan

kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme adalah

kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi

sosial, gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi. Gejala autisme mula

kelihatan sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun. Keadaan ini dialami di sepanjang

kehidupan kanak-kanak itu. Kanak-kanak autisme sering menimbulkan kekeliruan bagi

penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola

perkembangan yang berbeza. Pemahaman dan tanggapan yang salah terhadap

keadaan kecacatan ini membawa kepada kelewatan perkembangan yang serius dalam

semua bidang perkembangan terutamanya dalam bidang kemahiran sosial dan

komunikasi. Kebanyakan kanak-kanak autisme juga mengalami terencat akal tetapi

dalam pelbagai tahap. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka

menghadapi masalah ataupun mereka lebih maju dalam aspek itu dan kemahiran lain.

Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru

apa yang diperkatakan orang lain. Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung

dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja.

 

Ciri-ciri kanak-kanak autism
Aspek psiko-motor
Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai tingkah laku berikut:

·         Sama ada hiperaktif ataupun hipoktif.

·         Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulangkali seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar-mandir.

·         Tidak suka pada perubahan

·         Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan reaksi.

·         Sensitif pada sentuhan

·         Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.

·         Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga.

·         Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain

·         Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun takut

·         Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang dipegang.

·         Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas.

·         Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan membawa ke mana sahaja.

Aspek kognitif

·         kebanyakan kanak-kanak autisme mempunyai daya kognitif yang

lemah, terdapat sebahagian kecil daipada mereka yang mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan mempunyai bakat yang mengkagumkan

·         Kebanyakan individu autisme mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad

·         Kanak- kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak berupaya memilih maklumat yang penting.

·         Kanak- kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara- perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk melihat penting yang ada.

·         mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi dan tidak memahami kiasan.

·         terdapat individu yang mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi melebihi ukuran umum misalnya kecerdasan yang tinggi atau mempunyai bakat yang sangat luar biasa, misalnya dalam matematik, seni lukis dan muzik.

Aspek afektif
Perkembangan Emosi:
·         sukar membuka hubungan secara emosi dengan orang lain kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara yang tidak disalah faham.

·         tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau

·         menunjukkan beberapa ekspresi muka yang berbeza- beza, kedudukan (posture) badan yang kaku dan suara yang mendatar atau monotonous.

·         sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.

·         mencederakan diri sendiri dan tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.

Perkembangan social:
·         mempunyai masalah apabila berinteraksi dengan orang lain.

·         cuba mengelak daripada bertentang mata apabila bercakap, tidak mahu memulakan perbualan dan tidak suka bermain dengan rakan- rakan lain.

·         kurang berupaya meniru apa yang orang lain buat kepada mereka. Misalnya, mereka tidak senyum apabila orang lain senyum kepadanya, tidak membalas lambaian atau tidak bertepuk tangan ketika semua orang bertepuk tangan.

 
Masalah tingkah laku sosial kanak- kanak autistik dapat dikategorikan kepada tiga iaitu:

a. Penghidratan sosial (social avoidant) iaitu individu autistik akan mengelak

daripada sebarang bentuk interaksi sosial. Kerap kali mereka akan menjauhkan

diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengan mereka.

b. Bersikap tidak acuh/ peduli (socially indifferent) iaitu mengambil sikap tidka peduli

dengan keadaan sekelilingnya walaupun tidak pula menghindari pergaulan.

Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila memerlukan sesuatu

daripada orang itu.

c. Kekol atau janggal ketika bersosial (socially awkward) berlaku apabila individu

autistik cuba berkawan tetapi tidak berupaya mnegekalkan hubungan itu.

Keadaan ini berlaku kerana mereka hanya bercakaptentang diri sendiri dan tidak

memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea, perasaan, kepercayaan,

sikap dan emosi. Oleh itu mereka tidak dapat menjangkakan apa yang akan

disebut atau dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi sosial.

0 Comments

    Author

    CIKGU ROZIE ADENAN
    PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN KHAS UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 
    BATCH 2013/2014

    Archives

    December 2014

    CLICK TO HEAR RELAXING MUSIC

    Categories

    All

    RSS Feed

    Blog RAKAN

    ANIS AQILAH KAMAL
    ROZIE ADENAN
    SITI NUR WAHIDA ROSLI
    NUR AMANINA BTE MOHD KHAIRUDDIN
    AIDA AFANDI
    NUUR THAQIFAH MOHD TAHIR 
    NORAFIZA BINTI AZIZAN
    NURSYAZWANI MAHADI
    AMALINA MOHD HASHIM
    NURUL IZATUL AFZAN ARIFFAM
    MUHAMAD SAUFI BIN ABUZAKI
    NURUL HAFIZAH SABTU
    JENNY KALAIARASI A/P KALAUCHAN
    NORSUZAWANI SUDIN
    IKLIL KAMARUL ZAMAN 
    SITI NORSALIHAH ZULKARNAIN
    AL-MUHDI BIN SAWAL
    NURUL FARAH SUZANA MOHAMAD AZAMAN
    NOR SURIA RUSTIY HATIEKAL RUSLAN 
    MUHSIN ABLLAH

Powered by Create your own unique website with customizable templates.